Ringgit dijangka terus susut berbanding dolar AS

Ringgit dijangka terus susut berbanding dolar AS. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka berada dalam aliran menurun minggu hadapan kerana kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat baru-baru ini dan petunjuk bahawa kenaikan akan berlaku lagi akan terus menjejaskan mata wang, kata seorang penganalisis. "Permintaan untuk aset selamat dijangka terus meningkat, ia memberi tekanan kepada mata wang pasaran pesat membangun terutamanya ringgit," katanya. Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 24 tahun pada Jumaat, ia didagangkan pada 4.5775/5800 berbanding dolar AS daripada 4.5340/5365 ketika ditutup pada Khamis minggu lepas.

Ia melepasi paras 4.57 apabila dolar AS terus mengukuh selepas kenaikan kadar faedah yang terbaru sebanyak 0.75 mata peratusan oleh bank pusat Amerika Syarikat untuk mengatasi inflasi yang kekal tinggi bagi tempoh 40 tahun.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pertukaran asing, Analisis matawang, Pasaran wang
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Aug 2023 07:40
Last Modified: 01 Aug 2023 07:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item