Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 8 (1). pp. 35-42. ISSN 2289-4640 (2020)
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif
seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis diaplikasi dalam merekacorak untuk
menghasilkan seramik kontemporari berasaskan Mendakan Tapak Pelupusan Habu. Kaedah kualitatif dengan ujikaji
berdasarkan studio praktis untuk menguji kadar keplastikan dan kebolehkerjaan mendakan Tapak Pelupusan Habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari yang diperolehi dari Tapak Pelupusan Habu di Cameron
Highlands. Sampel dikodkan dan dibahagikan kepada 2 kategori pengkelasan, iaitu H1 tidak diproses dan H2
diproses. Bagi pemprosesan sampel dan pengkodan sampel Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2). Selain itu, teknik press moulddiaplikasikan dalam penghasilan seramik kontemporari untuk mendapatkan nilai estetika yang menarik. Hasil dapatan kajian menunjukkan sampel mendakan di Tapak Pelupusan Habu mempunyai sifat keliatan tanah yang kurang memuaskan dengan kadar keplastikan yang kurang memuaskan, ,namun kebolehkerjaan yang tinggi berdasarkan rekacorak yang dikenakan. Selain itu, sampel H1 & H2 boleh dijadikan refleksi kreatif seni seramik kontemporari serta dapat mengadaptasikan teknik asas seramik berserta ciriciri estetika yang unik dari segi rekacorak, fungsi dan warna seramik kontemporari. Kesimpulannya, kaedah dan prosedur baru mendakan Tapak Pelupusan Habu ini boleh dikomersilkan dengan mengembangkan dan memperluaskan lagi aplikasi kreatif seni seramik kontemporari ini. Akhir sekali, ianya dapat menyelesaikan masalah longgokan mendakan lumpur sungai di Tapak Pelupusan Habu dengan menyumbang kepada kaedah penggunaan semula bahan baru secara maksimum dalam industri seramik di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ceramic, Contemporary, Studio practice, Soil precipitation |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Decorative Arts By Subject > Art & Design > Fine Art |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 11 Aug 2020 08:43 |
Last Modified: | 11 Aug 2020 08:43 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |