Optimis jualan ICT dijangka pulih

Optimis jualan ICT dijangka pulih. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: SNS Network Technology Bhd optimis mengenai pertumbuhan masa depannya memandangkan jualan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka pulih tahun ini, kata Pengarah Urusan, Ko Yun Hung. Beliau berkata ini adalah seiring dengan pemulihan ekonomi selepas kebanyakan perniagaan dan organisasi mengurangkan perbelanjaan ICT mereka sejak dua tahun lalu. "Segmen komersial menyumbang 70 peratus kepada perolehan kami sejak empat tahun lepas jadi, kami percaya kami akan dapat menikmati manfaat apabila orang ramai dan perniagaan mula berbelanja semula. "Ini kerana mereka perlu menambah baik infrastruktur ICT sedia ada mereka, sekali gus mewujudkan permintaan kukuh terhadap perkhidmatan peranti-sebagai-perkhidmatan (DaaS) berasaskan langganan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian syarikat itu, di Galeri Penyenaraian Bursa Malaysia di sini pada Jumaat.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perancangan kewangan, Stocks, Peranti-sebagai-perkhidmatan (DaaS), Pembangunan produk baru
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 23 Dec 2022 01:41
Last Modified: 23 Dec 2022 01:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item