Karya seni visual dalam konteks pasca Covid-19 di Malaysia: interpretasi simbol bagi catan terpilih “Transit 1×1: online exhibition”. Kupas Seni, 10 (SI2). pp. 104-111. ISSN 2289-4640 (2022)
Abstract
Seni catan berfungsi sebagai medium komunikasi untuk menceritakan sesuatu peristiwa atau menyampaikan maksud sesuatu konteks penceritaan yang melibatkan idea, gaya, dan makna oleh artis seni visual. Dengan itu, seni catan juga membolehkan pengkarya seni mengekspresi emosi dan merakamkan gambaran fikiran melalui imej visual yang diterjemahkan kepada karya seni. Pengkaji mendapati bahawa peristiwa COVID-19 yang berlaku pada ketika itu memberi kesan terhadap masyarakat bahkan pengkarya seni juga terkesan terutama perkembangan kehidupan yang melibatkan kehidupan sosial, budaya, ekonomi, politik, psikologi, teknologi dan komunikasi. Oleh kerana implikasi peristiwa yang berlaku itu, artis mula menghasilkan karya yang mencerminkan pengalaman atau pandangan yang berkisar dengan peristiwa pandemik COVID19. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memahami bentuk dan makna bagi simbol yang digunakan dalam karya seni catan oleh Husin Othman, Shafiq Nordin dan Aimi Atikah Roslan dalam konteks pasca COVID-19 di Malaysia. Karya ini adalah seleksi daripada pameran Transit 1×1: Online Exhibition. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan data seperti observasi, dokumentasi dan temubual pengkarya seni. Hasil daripada analisis kajian ini, pengkaji mendapati simbol yang digunakan oleh setiap artis ini jelas menunjukkan penggunaan ekspresi diri terhadap fenomena yang berlaku sewaktu peristiwa COVID-19. Secara kesimpulannya, karya yang dihasilkan oleh artis seni catan ini menggunakan simbol yang berbeza sebagai medium ekspresi bagi menyampaikan mesej dalam karya seni.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Symbol, Visual Arts, Karya Seni, Pasca Covid-19 |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Graphic Communication By Subject > Art & Design > Studio Project |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 07:05 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 07:05 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |