Transformasi teknologi elektronik melalui aplikasi sistem e-syariah dan i-syariah dalam sistem pengurusan Mahkamah syariah di malaysia. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 34 (1). pp. 45-74. ISSN 2682-8057 (2022)
Abstract
Implimentasi teknologi maklumat dalam institusi kehakiman syariah disambut baik oleh semua mahkamah syariah negeri di Malaysia melalui aplikasi sistem e-Syariah. Inovasi dan transformasi teknologi elektronik ini diteruskan oleh sebahagian mahkamah syariah termasuk mahkamah syariah di Sarawak yang membangunkan sistem baharu yang dinamakan i-Syariah, iaitu Sistem Pengurusan Pintar Syariah. Artikel ini bertujuan menganalisis pembangunan sistem Pengurusan Mahkamah Syariah melalui sistem e-Syariah pada peringkat Persekutuan dan i-Syariah yang diaplikasikan di Sarawak.
Penelitian juga dilakukan terhadap modul yang dibangunkan dalam sistem e-Syariah dan i-Syariah bagi dapatan maklumat penyelidikan yang menyeluruh. Metodologi penyelidikan dilakukan secara kualitatif terhadap perkembangan pembangunan sistem e-Syariah dan sistem i-Syariah serta melaksanakan metode komparatif dengan membandingkan sistem yang diguna pakai di mahkamah sivil dengan kandungan sistem yang diaplikasikan di institusi kehakiman syariah. Penyelidikan ini mendapati bahawa transformasi teknologi elektronik mahkamah syariah kurang menunjukkan perkembangan berbanding mahkamah sivil yang telah mengaplikasi e-Filing system (EFS), Case Management System (CMS), Queue Management System (QMS), Court Recording and Transcribing (CRT), Artificial Intelligence (AI) dan Community and Advocate Portal System (CAP). Walau bagaimanapun berdasarkan pelan pembangunan i-Syariah maka sistem-sistem yang diguna pakai pada peringkat mahkamah sivil ini akan diimplimentasikan di mahkamah syariah Sarawak untuk memastikan transformasi informasi teknologi maklumat seiring dengan perkembangan teknologi digital di Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | e-Kerajaan, e-Syariah, i-Syariah, Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Intitusi kehakiman syariah |
Taxonomy: | By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 20 Dec 2022 09:06 |
Last Modified: | 20 Dec 2022 09:06 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |