Analisis keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berasaskan kolaboratif-konstruktivis di sekolah rendah. Kupas Seni, 10 (SI). pp. 90-103. ISSN 2289-4640 (2022)
Abstract
Teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia digunakan semakin meluas dan banyak memberi manfaat dalam bidang pendidikan sebagai peranti mudah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan serta mewujudkan pembelajaran atas talian. Perkembangan dinamik ini turut mengubah paradigma pendidikan, corak pemikiran, pendekatan dan pedagogi pengajaran guru daripada pengajaran secara konvensional berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berasaskan kolaboratif-konstruktivis di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian lapangan melibatkan sepuluh responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kajian analisis keperluan merupakan sebahagian daripada proses kajian reka bentuk dan pembangunan model. Fasa analisis merupakan fasa pertama kajian yang melibatkan proses mengumpulkan melalui temu bual secara mendalam serta analisis dokumen bagi menganalisis maklumat dalam konteks dan persekitaran yang hendak dikaji sebelum model dibangunkan untuk mengetahui kebarangkallian berlakunya permasalahan. Dapatan kajian menunjukkan model dan modul pembelajaran berasaskan pendekatan kolaboratif-konstruktivis wajar dibangunkan yang mengambil kira permasalahan guru dan keperluan sedia ada guru supaya model dan modul dibangunkan sesuai diaplikasikan oleh guru dan murid untuk memudahkan mereka dalam proses PdP PSV secara berkesan. Sebagai implikasi, hasil dapatan dapat dijadiakan panduan untuk mereka bentuk dan membangunkan model dan modul pembelajaran dalam fasa pembangunan yang seterusnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Visual Arts Education, Collaborative-Constuctivist Approach, Visual arts, Visual Communication |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fundamental Art |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 08 Nov 2022 07:27 |
Last Modified: | 08 Nov 2022 07:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |