Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi

Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi. Kupas Seni: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7: 5. pp. 41-49. ISSN 2289-4640 (2019)



Abstract

Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tigadimensi bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesuaian diadaptasikan melalui inovasi tiga dimensi (3D) serta menginterpretasi inovasi rekabentuk bahan kraf acuan model gigi menerusi pencetakan tiga dimensi (3D Printing) dan menganalisis kesesuaian hasil rekabentuk bahan kraf acuan model gigi menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi (3D Printing) berdasarkan kepada prinsip-prinsip rekabentuk. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif,ia dibahagikan dua kaedah pemerhatian dan temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur. Setelah itu, dua kaedah kualitatif instrumen tersebut maka pengkaji dapat membuat analisis data dan dokumen. Oleh itu, pengkaji juga turut menjalankan kajian ekperimentasi melalui prosedur proses pembuatan acuan model gigi melalui kaedah konvensional kraf dan kaedah teknologi percetakan tiga dimensi tersebut. Kajian ini menjalankaedah ekperimentasi bertujuan membuat analisis rekabentuk untuk mendapatakan dua pembandingan data analisis iaitu kaedah konvensional kraf dan teknologi percetakan tiga dimensi tersebut. Kajian ini juga menjalankan kajian lapangan dan pemerhatian untuk mengenalpasti segala permasalahan dan cadangan terhadap sesuatu kajian yang ingin dijalankan malah segala hasil dapatan kajian ini akan mendokumentasikan kutipan data-data maklumat bagi proses dan prosedur kaedah konvensional kraf seramik serta kaedah teknologi percetakan tiga dimensi untuk model acuan model gigi melalui kaedah eksperimentasi serta segala hasil dapatan kajian melalui dua kaedah menghasilkan rekabentuk acuan model gigi akan di analisa data bagi mengkaji lebih terperinci lagi untuk membandingkan hasil data kaedah konvensional kraf dan teknologi percetakan tiga dimensi melalui kajian eksperimentasi tersebut. Kajian ini juga dapat merealisasikan serta digunapakai kepada industri pergigian dan doktor pergigian untuk menbangunkan kaedah teknologi seiring mengoptimumkan kaedah konvesional agar dengan kaedah teknologi ini ia dapat berkembang lebih pesat lagi dalam industri pergigian pasaran tempatan sekaligus kaedah konvesional masih lagi digunapakai seiring kaedah teknologi percetakan tiga dimensi tersebut.

Item Type: Article
Keywords: Konvensional, Kraf seramik, Teknologi percetakan tiga dimensi, Rekabentuk, Acuan gigi
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Computer-aided Design
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 11 Aug 2020 08:29
Last Modified: 07 Sep 2022 03:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item