Ekspresi karya seni visual murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur

Ekspresi karya seni visual murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur. Jurnal IPDA, 26 (1): 7. pp. 78-91. ISSN 1394-6218 (2020)



Abstract

Kajian ini merupakan ruang untuk ekspresi karya seni visual anak-anak gelandangan yang merupakan murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur melalui aktiviti seni visual yang dihasilkan. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi tumpuan kajian iaitu ekspresi seni visual dalam hasil karya, nilai estetika dan kesedaran umum terhadap anak-anak gelandangan. Batasan kajian hanya tertumpu kepada murid-murid yang bersekolah di SBJK, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual, analisis karya, rakaman audio dan rakaman visual. Seramai 15 orang responden dipilih iaitu terdiri daripada 12 orang murid SBJK di antara umur 7 hingga 12 tahun dan 3 orang terdiri daripada pentadbir sekolah tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran dan perilaku dalam hasil karya yang diekspresikan sebagai representasi pengalaman visual anak-anak gelandangan di SBJK. Kesannya ia mampu mengungkap proses luahan rasa anak-anak gelandangan dalam aktiviti seni visual melalui pendekatan ekspresi seni visual yang dilaksanakan. Secara kesimpulan, kajian ini membuktikan elemen persekitaran mempengaruhi kreativiti dan mewujudkan identiti terhadap gaya dan olahan idea dalam penghasilan karya. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Item Type: Article
Keywords: Seni visual, Ekspresi seni, Nilai estika
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 22 Jan 2021 08:49
Last Modified: 22 Jan 2021 08:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item