Penutupan LRA Sungai Semenyih: SPAN siasat insiden pencemaran bau

Penutupan LRA Sungai Semenyih: SPAN siasat insiden pencemaran bau. [Website] (2022)



Abstract

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memulakan siasatan berhubung insiden pelepasan efluen terlarang ke alur air yang dipercayai mengakibatkan pencemaran bau di Negeri Sembilan dan Selangor, Khamis dan Jumaat lepas. SPAN dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu termasuk mengadakan lawatan tapak ke kawasan perindustrian berhampiran oleh SPAN dan agensi penguatkuasaan yang lain, selain menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bahan serta pelaku. Menurut suruhanjaya itu, insiden tersebut disiasat di bawah Seksyen 121 (1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) iaitu berkaitan pencemaran terhadap alur air atau sistem bekalan air yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali sekiranya pelaku didapati bersalah.

Item Type: Website
Keywords: Pencemaran air, Sistem bekalan air, Sumber air
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Environmental Health
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 09:30
Last Modified: 24 Jul 2023 09:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item