Teliti semula dasar pembangunan negara elak krisis alam sekitar

Teliti semula dasar pembangunan negara elak krisis alam sekitar. [Newspaper] (2022)



Abstract

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-65 pada 31 Ogos ini, namun sambutan itu tidak membawa erti jika alam sekitar berterusan diteroka dengan rakus, dicemari dan dimusnahkan sewenangnya. Banyak tindakan kurang berkesan menyebabkan isu alam sekitar semakin kritikal. Lambakan sampah sarap, penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran air sungai dan pencemaran udara antara fenomena krisis alam sekitar semakin membimbangkan. Krisis alam sekitar kini dianggap sebagai kesan tidak boleh dielakkan sekiranya sesebuah masyarakat ingin mencapai pembangunan dan kemajuan di sesebuah kawasan. Kesan pembangunan terhadap alam sekitar kian menular dan bukti kemerosotan semakin jelas kelihatan. Atas nama pembangunan, pertahanan kemurnian alam sekitar diketepikan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Alam sekitar, Sains kesihatan, Penilaian kesan alam sekitar
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Environmental Health
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jul 2023 07:22
Last Modified: 25 Jul 2023 07:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item