Rakyat Malaysia 'sakit' jika ekonomi global meleset

Rakyat Malaysia 'sakit' jika ekonomi global meleset. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia akan mengalami 'kedudukan kewangan yang sangat perit' jika mereka menghadapi kemelesetan global yang akan berlaku di tengah-tengah peningkatan inflasi, menurut satu soal selidik. Data daripada Soal Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2022 mendedahkan 'pelbagai kebenaran yang menyakitkan mengenai keadaan kewangan semasa rakyat, termasuk simpanan yang semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan'. Soal selidik itu dilakukan oleh RinggitPlus.com (RinggitPlus), sebuah laman web kewangan yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat fintech, Jirnexu Sdn Bhd. Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus Hann Liew berkata, trend semasa adalah satu 'wake-up call' kepada semua pihak untuk mengambil tindakan kerana kesan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik amat membinasakan dan rakyat Malaysia berdepan cabaran kewangan sebenar yang perlu ditangani.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran kewangan, Ekonomi global, Kadar inflasi, Pertumbuhan ekonomi
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Aug 2023 09:19
Last Modified: 01 Aug 2023 09:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item