Pengurusan tanah rizab Melayu Selangor tak cekap - Audit

Pengurusan tanah rizab Melayu Selangor tak cekap - Audit. [Newspaper] (2022)



Abstract

SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 Siri 1 mendapati Pengurusan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor secara keseluruhannya dirumuskan kurang cekap dan berkesan.
Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata penilaian output berdasarkan prestasi keseluruhan TRM sehingga Disember 2021 menunjukkan sasaran keluasan TRM seperti yang ditetapkan oleh Wasiat Raja-Raja Melayu belum dicapai, iaitu 20.5 peratus berbanding 50 peratus yang disasarkan. "Prestasi pembatalan dan penggantian TRM juga menunjukkan 1,881.80 hektar atau 42.5 peratus keluasan TRM belum diganti setakat Disember 2021. "Inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi pembangunan TRM selaras dasar Rancangan Struktur Negeri 2035 adalah tidak menyeluruh bagi manfaat orang Melayu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tanah rizab, Aset tanah, Pengurusan hartanah
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Aug 2023 09:37
Last Modified: 01 Aug 2023 09:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item