Semua persatuan sukan digesa semak semula akaun bank

Semua persatuan sukan digesa semak semula akaun bank. [Newspaper] (2022)



Abstract

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menggesa semua persatuan sukan melakukan semakan semula akaun bank masing-masing bagi memastikan akauntabiliti serta ketelusan tadbir urus kewangan terjamin.
Beliau berkata, ini bagi memastikan urusan pengeluaran wang badan induk sukan negara dilakukan secara telus tanpa sebarang kecuaian atau keraguan pihak yang terlibat dalam menguruskan kewangan akaun persatuan. “Ini adalah amaran kepada semua persatuan sukan supaya segera menyemak semula kedudukan kewangan masing-masing bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab menjaga akaun persatuan menjalankan amanah dengan baik selepas apa terjadi di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang menghadapi masalah kes pecah amanah. “Jangan ambil mudah sebab ia melibatkan duit rakyat dan penaja, kalau tidak letak orang profesional akan berlaku perkara sedemikian rupa,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Persatuan sukan, Pengurusan kewangan, Akauntabiliti, Nilai profesional
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Jul 2023 09:18
Last Modified: 24 Jul 2023 09:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item