Kelulusan segera pekerja asing kurangkan kesukaran perniagaan. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR - Tindakan segera dalam membawa 373,459 pekerja asing masuk ke negara ini melalui Visa Secara Rujukan berdasarkan permohonan majikan sejak Januari hingga 4 Disember lepas telah meringankan kesukaran yang dihadapi oleh banyak perusahaan dalam operasi harian dan keperluan perniagaan mereka. Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 403,869 permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, jaminan yang diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa baki 30,410 permohonan majikan untuk pekerja asing akan diproses dan dipertimbangkan bagi kelulusan dalam tempoh tujuh hari bekerja adalah amat meyakinkan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pekerja asing, Sumber manusia |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Human Resource |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 01 Aug 2023 09:40 |
Last Modified: | 01 Aug 2023 09:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |