FGV mantapkan perniagaan pengangkutan kontena

FGV mantapkan perniagaan pengangkutan kontena. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikat di bawah sektor logistiknya, FGV Transport Services Sdn Bhd (FTSSB) mengukuhkan perniagaan pengangkutan kontena bagi memperkasakan lagi pendapatan kumpulan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor, berkata bagi tujuan itu, kumpulan telah menambah 41 unit lori MAN TGS 6×4 prime mover baharu dengan spesifikasi enjin karbon rendah Euro V. Beliau berkata, penambahan kepada asset FTSSB ini terdiri daripada lima unit lori MAN TGS 4×2 dan 10 unit lori 6×2 yang akan digunakan untuk pengangkutan kontena selain 26 unit lori lagi adalah MAN TGS 6×4 prime mover yang sesuai untuk pengangkutan kargo. Katanya, proses pemasangan lori MAN TGS dilakukan di Serendah, Selangor oleh MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia), anak syarikat milik penuh MAN Truck & Bus SE dari Jerman.

Item Type: Newspaper
Keywords: Logistik, Pengangkutan kargo, Mobiliti lestari
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Aug 2023 04:48
Last Modified: 02 Aug 2023 04:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item