Gamuda perluas perniagaan tenaga diperbaharui

Gamuda perluas perniagaan tenaga diperbaharui. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd merancang untuk memacu Malaysia menjadi pemain utama tenaga boleh diperbaharui (RE) di peringkat serantau, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memupuk sektor RE domestik. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Lin Yun Ling, berkata bagi tujuan itu Gamuda memperuntukkan pelaburan sebanyak RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang seiring dengan pelan perniagaan lima tahunnya. Beliau berkata, langkah itu juga membolehkan kumpulan mengambil bahagian secara aktif dalam peralihan dunia kepada sifar bersih, selaras dengan Pelan Hijau Gamuda yang komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 30 peratus pada 2025 dan 45 peratus pada 2030. Katanya, penyertaan Gamuda dalam perniagaan RE tidak hanya tertumpu kepada pemasangan tenaga solar dan ladang solar semata-mata tetapi merangkumi keseluruhan industri.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tenaga Boleh Diperbaharui (RE), Pelaburan domestik, Permintaan tenaga solar
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Aug 2023 09:12
Last Modified: 02 Aug 2023 09:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item