Perniagaan perlu terus berkembang walaupun OPR naik lagi. [Newspaper] (2022)
Abstract
PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dinasihatkan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang untuk mengurangkan tekanan daripada semakan menaik terkini Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, semakan menaik yang terbaharu ini mengesahkan pendirian BNM dalam menormalisasikan OPR secara beransur-ansur untuk mengekang tekanan inflasi. Inflasi negara telah meningkat kepada 4.4 peratus terutamanya disebabkan oleh inflasi makanan yang melonjak kepada tujuh peratus tahun ke tahun pada Julai 2022, berbanding purata lima tahun pra-pandemik sebanyak tiga peratus.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Kadar Dasar Semalaman (OPR), Pasaran wang, Kadar inflasi |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Management |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 02 Aug 2023 09:26 |
Last Modified: | 02 Aug 2023 09:26 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |