2022 tahun suram industri getah negara

2022 tahun suram industri getah negara. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Susulan permintaan getah dan sarung tangan getah yang didesak oleh pandemik semakin berkurangan pada 2022, industri ini juga terpaksa menempuhi tempoh suram apabila kalangan pengilang melaporkan penggunaan kemudahan pengeluaran hanya pada 50 hingga 55 peratus, meskipun munculnya varian baharu COVID-19. Data yang dijana oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) menunjukkan pendapatan eksport industri ini untuk 2022 bagi tempoh Januari hingga Ogos merosot 44.9 peratus kepada RM26 bilion daripada RM54.6 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan eksport bagi keseluruhan tahun dijangka berjumlah RM40 bilion, susut 44 peratus daripada RM71 bilion pada 2021, disebabkan kemerosotan nilai eksport produk getah, terutama harga jualan purata (ASP) yang lebih rendah bagi sarung tangan getah. Cabaran lain adalah ketidakstabilan atau harga getah yang tidak menarik serta kekurangan tenaga kerja.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri getah asli, Eksport getah, Pengeluaran getah
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Aug 2023 09:45
Last Modified: 02 Aug 2023 09:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item