Jualan sektor pembuatan naik 12.9 peratus pada Oktober

Jualan sektor pembuatan naik 12.9 peratus pada Oktober. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia mencatat nilai jualan berjumlah RM158.9 bilion pada Oktober 2022 iaitu meningkat 12.9 peratus berbanding setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan dua angka dalam jualan bagi Oktober 2022 itu dipacu terutamanya oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (23.8 peratus), khususnya dalam industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis. Pertumbuhan nilai jualan ini turut didorong oleh subsektor peralatan elektrik dan elektronik (16.6 peratus) dan produk makanan, minuman dan tembakau (4.6 peratus). Mohd Uzir berkata bilangan pekerja sektor pembuatan adalah seramai 2.32 juta orang pada Oktober iaitu peningkatan sebanyak 3.6 peratus daripada 2.24 juta orang dalam tempoh sama tahun lepas.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pembuatan, Pendapatan pekerja, Kadar pengeluaran
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Aug 2023 08:41
Last Modified: 04 Aug 2023 08:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item