MIDF lulus pembiayaan RM17.23 bilion sejak penubuhannya

MIDF lulus pembiayaan RM17.23 bilion sejak penubuhannya. [Newspaper] (2022)



Abstract

PORT DICKSON – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM17.23 bilion bagi membantu perniagaan tempatan berkembang maju sejak penubuhannya pada tahun 1960. Naib Presiden Eksekutifnya, Ahmad Farouk Mohamed berkata, jumlah berkenaan adalah setakat 31 Oktober lalu, yang mana secara keseluruhan, lebih 13,083 syarikat telah dibantu supaya lebih berdaya saing.Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, MIDF telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM646.06 juta kepada 1,226 syarikat. “Dalam tempoh lebih 60 tahun, MIDF berkembang kepada tiga tonggak utama iaitu kewangan pembangunan, bank perlaburan dan pengurusan aset. Misi kami adalah membantu pelanggan dalam merebut peluang, serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan produk dan perkhidmatan dalam tiga tonggak utama tersebut. “Kami akan terus progresif dan inovatif menggunakan kepakaran kami dalam pasaran modal untuk merebut peluang bagi mengukuhkan kedudukan dalam industri kewangan dan perbankan,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran modal, Bantuan pembiayaan, Bank perlaburan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Aug 2023 08:54
Last Modified: 04 Aug 2023 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item