Maybank tawar pembiayaan PKS serendah RM3,000

Maybank tawar pembiayaan PKS serendah RM3,000. [Newspaper] (2022)



Abstract

PORT DICKSON: Maybank meluaskan lagi akses kepada penyelesaian Pembiayaan Digital PKS di Maybank2u kepada peniaga kecil dan perusahaan mikro dengan menurunkan jumlah pembiayaan kepada RM3,000. Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank berkenaan untuk menyokong komuniti perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, yang menjadi tunjang ekonomi negara. Katanya, penyelesaian terbaharu yang diperkenalkan pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 itu direka untuk syarikat pemula yang beroperasi untuk tempoh minimum setahun dan tidak mempunyai cagaran "Pengenalan penyelesaian ini adalah tepat pada masanya berikutan potensi cabaran aliran tunai yang dialami oleh perusahaan mikro yang timbul susulan cabaran ekonomi makro yang berpanjangan dan peningkatan tekanan inflasi dalam persekitaran operasi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pinjaman bank, Pembiayaan digital PKS, Usahawan mikro
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Aug 2023 09:33
Last Modified: 07 Aug 2023 09:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item