Ewon ikrar terus perkasa PKS, perdagangan digital

Ewon ikrar terus perkasa PKS, perdagangan digital. [Newspaper] (2022)



Abstract

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan terus memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan pendigitalan di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Menterinya, Datuk Ewon Benedick, yang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini berkata, perkara itu selaras dengan agenda yang dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi. Ewon, yang juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) berkata, Anwar meminta Jemaah Menteri untuk turut memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam agenda Perjanjian Malaysia (MA63). "Saya percaya, itu menjadi sebahagian daripada fokus kementerian, bukan hanya koperasi, malah PKS berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perdagangan digital di Sabah dan Sarawak akan diperkasakan lagi," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Pengurusan pembangunan, Pembangunan komuniti
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Aug 2023 09:39
Last Modified: 07 Aug 2023 09:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item