Pinjaman bank dijangka terus meningkat tahun depan

Pinjaman bank dijangka terus meningkat tahun depan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan Malaysia dijangka kekal di antara lima hingga enam peratus pada 2023 bersandarkan kepada ekonomi negara yang stabil yang akan menyokong kepercayaan kredit perniagaan dan pengguna Malaysia, kata S&P Global Ratings. Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang pada 6.6 peratus pada 2022 dan purata 4.5 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang. Dalam Ulasan Prospek Bank 2023 oleh S&P Global Ratings yang dikeluarkan hari ini, firma penyelidikan itu berkata bank juga boleh mengatasi risiko kualiti aset yang semakin meningkat kerana permodalan yang kukuh dan penimbal peruntukan mampu mengimbangi tekanan kualiti aset.
Permodalan kukuh bank-bank Malaysia setakat 30 Jun 2022 ialah pada 14.3 peratus nisbah ekuiti biasa Tahap-1, dan penampan peruntukan sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah pinjaman akan membantu mereka menyerap peningkatan tekanan kredit yang sederhana, katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pertumbuhan ekonomi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pasaran modal, Sektor perbankan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Aug 2023 09:49
Last Modified: 07 Aug 2023 09:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item