Empat inisiatif digital perkukuh pasaran modal Malaysia

Empat inisiatif digital perkukuh pasaran modal Malaysia. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan empat inisiatif berkaitan pendigitalan bagi memperkukuhkan pasaran modal negara khususnya menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC). Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, berkata inisiatif bagi merangsang pertumbuhan dan membantu menyokong pemulihan ekonomi negara dijangka membuka ruang liberalisasi selanjutnya pasaran modal. Beliau berkata, inisiatif baharu itu termasuk juga membuka pasaran pembiayaan alternatif kepada peserta baharu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta MTC. Katanya, inisiatif baharu merangkumi langkah meningkatkan akses PMKS kepada pembiayaan membabitkan pendaftaran pengendali pasaran pendanaan awam ekuiti (ECF) dan pembiayaan rakan setara (P2P) baharu dengan penyelesaian serta cadangan nilai syariah, selain pendaftaran pengendali P2P baharu yang memberi tumpuan kepada penawaran instrumen pembiayaan berasaskan hutang oleh MTC dan syarikat lebih besar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran modal, Pembiayaan alternatif, Perusahaan mikro
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Aug 2023 08:36
Last Modified: 08 Aug 2023 08:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item