Modal RM600 beli mesin jahit, kini raih RM30,000 sebulan

Modal RM600 beli mesin jahit, kini raih RM30,000 sebulan. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kota Damansara: Bermodalkan hanya RM600 untuk membeli mesin jahit dan mesin jahit tepi, kini Norhidayah Abd Rahman, 37, boleh dianggap sebagai usahawan jahitan langsir yang berjaya apabila produk dan perkhidmatan yang dihasilkannya semakin mendapat sambutan. Berbekalkan pengalaman bekerja di sebuah kedai jahitan hiasan dalaman selama lima tahun di Keramat, Norhidayah atau lebih mesra dipanggil Ida nekad untuk memulakan perniagaannya sendiri untuk memenuhi cita-cita menjadi usahawan. "Bermula sebagai tukang jahit selama lapan bulan, saya seterusnya diberi kepercayaan untuk kerja-kerja memotong kain. "Peluang yang diberikan ini saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari selok-belok perniagaan kerana berpeluang untuk berjumpa terus dengan pelanggan, melawat lokasi pemasangan serta bertemu dengan pembekal kain.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan wanita, Jahitan langsir, Kualiti produk, Kepercayaan pelanggan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Aug 2023 09:07
Last Modified: 08 Aug 2023 09:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item