Grab sasar balik modal menjelang 2024

Grab sasar balik modal menjelang 2024. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Grab Holdings Ltd, syarikat 'e-hailing' atau seru pandu dan penghantaran terbesar di Asia Tenggara, meletakkan sasaran untuk mencatatkan pulangan modal menjelang 2024. Menurut syarikat yang tersenarai di Nasdaq itu, ia didorong oleh pemulihan perniagaan seru pandu susulan pembukaan semula ekonomi di rantau ini serta peningkatan kecekapan dalam kos operasi penghantaran. Grab, yang mengadakan Hari Pelabur pertama sejak disenaraikan berkata, ia mahu meraih pulangan modal berdasarkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang dilaraskan menjelang separuh kedua 2024. "Secara khususnya, kami menjangkakan untuk memperoleh keuntungan daripada segmen penghantaran menjelang suku kedua 2023 dan meramalkan margin yang stabil sebanyak tiga peratus peratus dan ke atas sejak itu," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: e-hailing, Syarikat penghantaran, Return on Investment (ROI)
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Aug 2023 09:42
Last Modified: 08 Aug 2023 09:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item