Pasaran global tidak menentu, ringgit dibuka rendah

Pasaran global tidak menentu, ringgit dibuka rendah. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut lagi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi ini apabila ketidakpastian yang berlarutan mempengaruhi pasaran dengan pelabur berbelah bahagi mengenai apa langkah dasar monetari Rizab Persekutuan AS seterusnya, kata seorang peniaga.
Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4250/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4150/4200 pada penutup semalam. Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran meramalkan kadar faedah AS akan meningkat kepada 4.5 peratus daripada 4.0 peratus pada masa ini. "Walau bagaimanapun, semua mata akan tertumpu pada sidang akhbar dan akan diikuti oleh pengumuman keputusan kadar faedah kerana ia mungkin memberikan petunjuk penting tentang bagaimana Rizab Persekutuan akan bertindak pada tahun 2023 dan sama ada ia akan mengambil sikap yang lebih cenderung menaikkan kadar faedah atau sebaliknya," katanya dalam satu nota hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pertukaran mata wang asing, Dasar monetari, Kadar faedah, Forex
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Aug 2023 08:24
Last Modified: 09 Aug 2023 08:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item