Tembusi pasaran infrastruktur 5G

Tembusi pasaran infrastruktur 5G. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUCHING: Syarikat kejuruteraan Malaysia, Austral Techsmith bergabung tenaga dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi Norway, GSM Towers dalam memperluaskan perniagaan di peringkat global dengan memanfaatkan pasaran infrastruktur 5G baharu. Kerjasama itu terjalin berikutan termeterainya memorandum perse- fahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di TowerXchange Meetup Asia 2022, Singapura, baru-baru ini. Menandatangani mewakili syarikat masing-masing adalah Ketua Pegawai Eksekutif GSM Tow- ers, Christian Stromme dan Ketua Pegawai Operasi Austral Techsmith, Soh Chong Meng sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Austral Techsmith, Azfar Zubri Datu Safri. Sebagai sebahagian MoU, rakan kerjasama baharu itu akan meman- faatkan kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk membina asas perniagaan yang kukuh dan seterusnya menembusi pasaran infrastruktur 5G baharu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran global, Penggabungan kepakaran, Pasaran infrastruktur 5G
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Aug 2023 08:33
Last Modified: 09 Aug 2023 08:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item