Prestasi pasaran pelaburan tentukan agihan untung Tabung Haji

Prestasi pasaran pelaburan tentukan agihan untung Tabung Haji. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Prestasi pasaran pelaburan domestik dan global sehingga akhir tahun ini bakal menjadi penentu sama ada Lembaga Tabung Haji (TH) dapat mengekalkan tahap agihan keuntungan untuk tahun 2022 seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad, berkata meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mengekalkan kadar agihan keuntungan sebagaimana institusi pelaburan lain di Malaysia berikutan krisis semasa pasaran dalam dan luar negara, TH akan terus berusaha untuk memberi pulangan yang munasabah kepada para pendepositnya. "Keadaan persekitaran pelaburan ketika ini adalah amat mencabar bagi semua institusi pelaburan, termasuk TH, untuk mengekalkan tahap agihan keuntungan bagi tahun 2022 seperti tahun-tahun sebelumnya. "Seperti semua pelabur, TH tidak terkecuali berhadapan dengan kesan pasca pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, yang memberi tekanan berkembar dari sudut pendapatan (disebabkan kenaikan kadar pembiayaan, kelemahan ekonomi dan pasaran) dan juga perbelanjaan (disebabkan peningkatan inflasi dan kelemahan kadar tukaran mata wang asing)," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelaburan domestik, Pendapatan syarikat, Pulangan pelaburan, Kadar agihan keuntungan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Aug 2023 08:52
Last Modified: 09 Aug 2023 08:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item