Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran global baharu

Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran global baharu. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Minyak sawit Malaysia berjaya menembusi pasaran global baharu terutamanya di tiga negara iaitu, Estonia, Republik Czech dan Hungary yang telah mula membeli komoditi tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata sejak Januari hingga Julai tahun ini, Estonia mengimport 2,501 tan minyak sawit Malaysia bernilai RM20.22 juta, Republik Czech mengimport 95 tan bernilai RM0.88 juta dan Hungary mengimport 853 tan bernilai RM6.73 juta. Beliau berkata ini membuktikan bahawa komoditi utama negara mendapat pengiktirafan dan penerimaan antarabangsa yang lebih tinggi, seiring dengan matlamat kempen "Gerakan Global untuk Memperjuangkan Kebaikan Minyak Sawit. "Saya menyambut baik situasi ini setelah melihat usaha agresif dilakukan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk memasarkan minyak sawit negara di peringkat global, serta menangkis mitos yang dimainkan pihak tertentu dan propaganda Barat.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran global, Strategi pemasaran, Kualiti produk
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Aug 2023 09:01
Last Modified: 09 Aug 2023 09:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item