Batik: sejarah dan keistimewaan tekniknya

Batik: sejarah dan keistimewaan tekniknya. Akademika, 37 (1). pp. 73-90. ISSN 0126-5008 (1990)



Abstract

Batik adalah salah satu variasi teknik mencorak tekstil. Semua motif yang dihasilkan dengan teknik batik disebut sebagai 'batik'. Teknik ini melibatkan proses pencelupan sesehelai kain yang hendak dicorak. Bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki terkena warna pencelup, diterapkan dengan lilin terlebih dahulu. Teknik batik tersebar luas. Teknik ini terdapat di Mesir, Afrika. India, Jawa dan tempat-tempat yang lain. Sejarah tentang asal-usul teknik batik adalah kabur. Adalah sukar untuk mengatakan bahawa teknik batik berasal dari suatu punca yang tertentu dun kemudian tersebar ke berbagai-bagai tempat yang lain. Adalah lebih diyakini bahawa teknik batik wujud, sebagai penciptaan bebas. Teknik batik mempunyai banyak keistimewaan. Motif-motif yang tinggi mutunya dapat dilihat pada kedua-dua belah permukaan kain. Berbeza dengan teknik mencorak secara langsung, motif-motif yang menjadi hiasan itu menjadi sebati dengan kain. Warna-warna pencelup tidak cuma menyelaputi bahagian-bahagian luar serat-serat kain. Selain itu, corak-corak retak seribu yang dihasilkan dengan teknik batik adalah unik dan indah. Corak-corak retak seribu tidak dopat dihasilkan oleh sesuatu teknik yang lain. Batik tulis dan batik ekslusifdapat dianggap sebagai hnril-hail seni yang tinggi mutunya. Teknik batik adalah warisan zaman lampau dan kini turut digunakan sebagai media untuk seni halus.

Item Type: Article
Keywords: Malay craft, Batik, Heritage
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 21 Jan 2021 15:31
Last Modified: 21 Jan 2021 15:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item