Fungsi bunga-bungaan dalam teks pantun melayu ‘bingkisan permata’

Fungsi bunga-bungaan dalam teks pantun melayu ‘bingkisan permata’. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10 (2). pp. 41-56. ISSN 2289-4527 (2022)



Abstract

Alam mempunyai unsur pengaruh yang kuat dalam kehidupan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Keutuhan hubungan yang terjalin di antara masyarakat Melayu dengan alam sekitar telah membentuk satu pengaruh unik khususnya penggunaan unsur alam sebagai motif dalam aspek kesenian dan kebudayaan Melayu. Keupayaan mengolah unsur alam khususnya flora sebagai pembayang dalam menghasilkan pantun membuktikan penggunaan daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Makalah ini dihasilkan bertujuan untuk membincangkan tentang fungsi tumbuhan terutamanya jenis bunga-bungaan yang terdapat di alam Melayu dan mempunyai fungsi tertentu. Kajian ini juga meneliti kepelbagaian unsur flora yang digunakan sebagai pembayang dalam menghasilkan pantun. Selain itu, kajian ini juga meneliti pemilihan motif alam flora terutamanya aspek bunga-bungaan dalam pantun Melayu. Jenis-jenis bunga yang terdapat dalam pantun Melayu kebiasaannya dijadikan sebagai pembayang dan juga maksud pantun. Bagi tujuan menjalankan kajian tersebut, analisis dilakukan melalui koleksi pantun yang terdapat dalam teks Pantun Melayu Bingkisan Permata (PMBP). Hasil kajian mendapati penjenisan bunga yang terdapat dalam pantun Melayu mempunyai kepelbagaian fungsi antaranya sebagai bahan makanan, alat kosmetik, alat terapi, simbol dalam upacara atau ritual, dan berfungsi sebagai bahan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu

Item Type: Article
Keywords: Bunga, Fungsi, Pantun
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 06 Jan 2023 04:55
Last Modified: 06 Jan 2023 05:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item