Perkembangan Dikir Rebana Kercing di Kampung Laut, Tumpat Kelantan, Malaysia: satu tinjauan awal. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10 (1). pp. 1-14. ISSN 2289-4527 (2022)
Abstract
Seni persembahan merupakan aspek utama yang melambangkan identiti bagi sesebuah tempat. Dikir Rebana Kercing misalnya merupakan salah satu seni persembahan yang masih wujud di Negeri Kelantan. Masyarakat di sekitar Tumpat telah menjadikan seni persembahan ini sebagai salah satu hiburan terutamanya dalam majlis-majlis keramaian. Dikir Rebana Kercing ini telah mengalami perubahan dan perkembangan terhadap seni persembahannya bermula daripada awal kemunculan sekitar 500 tahun yang lalu sehingga ke hari ini. Penyelidikan ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai perkembangan seni persembahan Dikir Rebana Kercing di Negeri Kelantan khususnya di Kampung Laut Tumpat bermula pada zaman permulaan sehingga kini. Data penyelidikan yang diperoleh adalah diambil menggunakan kaedah tinjauan awal, pemerhatian dan temubual. Tinjauan awal dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan manakala kaedah pemerhatian dan temubual digunakan untuk mengetahui sejauhmana perkembangan seni persembahan Dikir Rebana Kercing. Kaedah temubual yang dijalankan adalah melibatkan 8 orang responden termasuklah beberapa tokoh Dikir Rebana Kercing serta penduduk Kampung Laut. Skop penyelidikan adalah tertumpu di sekitar Kampung Laut sahaja. Penyelidikan ini telah mendapati bahawa perkembangan Dikir Rebana Kercing adalah berdasarkan penerimaan dan pemikiran setiap masyarakat serta amalan kehidupan mereka setelah kemunculan persembahan yang menggunakan irama moden dan juga irama Barat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dikir Rebana Kercing, Kampung Laut, Masyarakat, Perkembangan, Seni Persembahan |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 06 Jan 2023 05:02 |
Last Modified: | 06 Jan 2023 05:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |