Apresiasi seni pameran solo Aznan Omar: mencetak satira. Kupas Seni, 10 (2). pp. 22-29. ISSN 2289-4640 (2022)
Abstract
Karya seni mempunyai makna yang tersendiri berdasarkan idea yang ingin dikongsi atau disampaikan oleh seseorang seniman. Penulisan ini, akan mengulas dan membincangkan tentang apresiasi seni berdasarkan karya yang dipersembahkan melalui Pameran Solo, AznanOmar: Mencetak Satira yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 06 Ogos 2011. Pameran ini telah diadakan di House ofMatahati (HOM). Karya-karya beliau yang dipersembahkan menggunakan teknik tuangan logam atau Lost-wax Casting. Dalam penghayatan makna, dua karya dipilih secara rawak untuk di perbincangkan. Penulisan ini menggunakan kaedah pendekatan ikonografi dalam seni yang telah diperkenalkan oleh Erwin Panofsky, bagi penghayatan yang lebih jelas dalam apresiasi seni. Erwin Panofsky telah memperkenalkan tiga peringkat dalam menghayati dan juga memahami karya seni dari sudut ikonografi. Tiga peringkat menghayati karya seni tersebut, adalah yang pertama pra-ikonografi, yang kedua analisi ikonografi dan yang ketiga adalah tafsiran ikonologi. Hasil penulisan ini akan menerangkan tentang kefahaman ikonologi sebagai sebahagian daripada pengenalan sesuatu subjek, dan kefahaman tentang ikonografi yang lebih kepada deskripsi dan klasifikasi sesuatu subjek dalam seni. Karya-karya Aznan Omar yang dipersembahkan dalam pameran solo ini, bersifat satira dapat dihayati dengan kefahaman yang telah ditakrifkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Menghayati, Makna, Ikonografi, Satira, Casting |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Metal Design Fabrication |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 10 Jan 2023 03:15 |
Last Modified: | 10 Jan 2023 03:15 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |