UiTM buka bidaan nombor plat kenderaan. [Newspaper] (2020)
Abstract
Buat julung kalinya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuka bidaan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘UITM’ kepada orang awam bermula hujung Mac depan.Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan itu adalah inisiatif universiti untuk menjana pendapatan alternatif bagi disalurkan kepada Tabung Endowmen Bank Islam-UiTM.“Untuk bidaan khas ini, nombor satu hingga sembilan tidak dibuka untuk bidaan kerana ia akan diberikan secara percuma kepada individu yang menyalurkan sumbangan paling banyak bagi tabung berkenaan.“Bagi nombor pendaftaran lain, bidaan paling minimum akan dibuka pada nilai RM1,000. Kami menyasarkan RM15 juta mampu dikumpul menerusi penjualan nombor pendaftaran khas itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis simbolik jalinan usaha sama antara Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan UiTM, di sini hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Tawarruq, Deposit bertempoh, Akaun simpanan |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 03 Feb 2023 09:27 |
Last Modified: | 24 Feb 2023 02:20 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |