Berebut kutip 'ulat kayangan'

Berebut kutip 'ulat kayangan'. [Newspaper] (2023)



Abstract

DALAT: Kehadiran ulat 'kayangan' dikenali Lamas atau Lelamaih di tepi jalan di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini, mencetus fenomena apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mengutipnya. Tinjauan mendapati, orang ramai dilihat mengutip ulat yang mampu mencecah harga RM400 hingga RM600 sekilogram (kg) itu yang merayap di atas jalan raya serta di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan. Menurut penduduk Kampung Sungai Kut, kehadiran ulat itu disedari apabila ia dijumpai merayap di atas jalan raya yang terletak di Kilometer 7 Jalan Dalat- Sungai Kut sejak semalam. Berikutan itu, orang ramai khususnya penggemar ulat berkenaan berpusu-pusu datang mengutipnya di atas jalan raya dan di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Lamas, Makanan eksotik
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Feb 2023 03:32
Last Modified: 09 Feb 2023 03:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item