Pelihara permainan tradisi Melanau

Pelihara permainan tradisi Melanau. [Newspaper] (2022)



Abstract

MUKAH: Penganjuran Pertandingan Bidar Lukut bagi Siri Jelajah Salui Lukut P213 Mukah oleh Kelab Sukan Lumba Salui Lukut bersama dengan Kelab Trendak satu langkah dalam memelihara permainan tradisi masyarakat Melanau. Penyandang kerusi Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib berharap permainan tradisional itu sentiasa dihidupkan dan tidak dilupakan oleh penduduk Mukah. “Hal ini kerana ia mempunyai potensi untuk dijadikan tarikan baharu pengunjung ke Mukah dan Kampung Tellian Ulu,” katanya ketika melawat Padang Kampung Tellian Mukah dan merasmikan perlawanan bidar lukut berkenaan. Bagi siri kedua jelajah itu, ia diadakan dari 20 hingga 30 Oktober di Padang Bola Sepak Kampung Tellian membabitkan sejumlah 300 Salui Lukut dari Daerah Mukah, Miri, Saribas dan Betong. Selain mengumpul peminat sukan itu dan mengalakkan aktiviti sihat. Penganjuran juga untuk mengetengahkan bakat penduduk tempatan terutama generasi belia dalam sukan tradisi. Terdahulu, siri pertama jelajah itu diadakan di Kampung Jebungan dari 2 hingga 4 Ogos dengan penglibatan 192 Salui Lukut.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Bidar Lukut, Permainan tradisional, Sukan tradisi
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Feb 2023 07:27
Last Modified: 09 Feb 2023 07:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item