Mantapkan peranan universiti

Mantapkan peranan universiti. [Newspaper] (2022)



Abstract

MUKAH: Peranan universiti kini perlu dimantapkan bukan sahaja sebagai gedung ilmu, malah menjadi platform jalinan kerjasama dengan masyarakat tempatan dalam memperkasakan budaya etnik tempatan khasnya etnik Melanau di Mukah.
Adun Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, dengan adanya kerjasama itu, ia dapat memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak.Beliau berharap kerjasama Persatuan Melanau Mukah menggalakkan aktiviti sosial dan budaya serta pemahaman lebih baik dalam kalangan masyarakat Melanau dapat melonjak dan mengukuhkan kedudukan komuniti Melanau di negeri ini. “Paling utama memelihara identiti kaum Melanau.
Kejayaan ini memperlihatkan Pusat Penyelidikan Melanau komited dalam peranan utama penubuhan iaitu memfokuskan setiap perkara berkaitan Melanau seperti sejarah, sosioekonomi dan budaya masyarakat Melanau,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Negeri Tua Melanau Siri Dua Edisi Balingian di Dewan Tellian Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Item Type: Newspaper
Keywords: Budaya melanau, Etnik tempatan, Peranan universiti, Aktiviti sosial
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Feb 2023 07:41
Last Modified: 09 Feb 2023 07:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item