Galeri Melanau yang pertama diwujudkan di Mukah

Galeri Melanau yang pertama diwujudkan di Mukah. [Newspaper] (2022)



Abstract

Pusat Penyelidikan Melanau (PPM) yang diwujudkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah bakal menjadi pusat penyelidikan, dokumentasi dan galeri Melanau yang pertama di Bahagian Mukah. Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Adun Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, ketiga-tiga peranan utama PPM ini memfokuskan perkara yang berkaitan dengan Melanau seperti sejarah, sosioekonomi dan budaya masyarakat itu. Jelasnya, ia bertepatan dengan objektif penubuhan PPM iaitu untuk memupuk jati diri dan pemahamam yang berterusan di kalangan masyarakat Melanau mengenai budaya serta sejarah dan seterusnya melonjak dan mengukuh kedudukan komuniti Melanau dalam masyarakat khususnya di Sarawak.

Item Type: Newspaper
Keywords: Galeri Melanau, Pusat penyelidikan, Komuniti Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 10 Feb 2023 07:54
Last Modified: 10 Feb 2023 07:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item