Graduan raih RM8,000 sebulan hasil ternak kelulut

Graduan raih RM8,000 sebulan hasil ternak kelulut. [Video] (2020)



Abstract

Bermula dengan hanya satu 'rumah' atau sarang kelulut pada 2017, seorang graduan sebuah universiti kini mampu meraih purata pendapatan sehingga RM8,000 sebulan. Bertempat di halaman rumahnya di Kampung Membatu, Ketereh, dekat sini, Nur Izzatie Zulkifli, 25, kini mempunyai 80 sarang kelulut.Melalui 80 sarang berkenaan, graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu itu mampu meraih purata pendapatan antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab itu, berkata madu kelulutnya sudah mendapat pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) daripada Jabatan Pertanian.Katanya, dia menternak kelulut dari spesis 'Heterotrigona Itama' dan 'Geniotrigona Thoracica' melalui 80 sarang yang diusahakan secara berperingkat di kawasan seluas 0.3516 hektar.Harga bagi satu unit sarang kelulut yang dibeli adalah antara RM300 hingga RM400.

Item Type: Video
Keywords: Kelulut, Ternak kelulut, Stingless bee
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Nur Rohaya Razali
Date Deposited: 13 Feb 2023 07:14
Last Modified: 13 Feb 2023 07:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item