Banyak adat lama kaum Melanau tidak lagi diamalkan

Banyak adat lama kaum Melanau tidak lagi diamalkan. [Newspaper] (2022)



Abstract

SIBU: Banyak adat dan amalan lama dalam masyarakat Melanau di negeri ini tidak lagi dipraktikkan. Ketua Seksyen Penyelidikan Etnik Melanau, Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), Dr. Anthony Valentine Laiseh berkata, ini berlaku apabila kedatangan agama Islam dan Kristian. “Dengan itu, kebanyakan adat dan amalan lama sudah tidak lagi dipraktikkan malah ada yang telah hilang ditelan masa. “Namun terdapat beberapa amalan dan peraturan yang masih lagi relevan dan boleh dijadikan alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel Adat Melanau untuk ahli Persatuan Melanau Sibu (PMS) di sini, baru-baru ini. Bengkel dua hari itu dianjurkan Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) dengan kerjasama PMS. Beliau menyarankan supaya ahli PMS terus memelihara adat resam kaum Melanau. Katanya, MAIS kini dalam proses akhir untuk mewartakan Ordinan Keluarga Melanau yang merangkumi peraturan dan adat pertunangan, perkahwinan, kematian termasuk hal-hal melibatkan pengambilan anak angkat dan pembahagian harta berdasarkan kepercayaan dan amalan kaum tersebut. “Dengan ada kefahaman mengenai adat resam kaum sendiri, akan dapat menyatupadukan masyarakat Melanau tanpa mengira anutan agama,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Etnik Melanau, Adat resam, Ordinan Keluarga Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Feb 2023 11:45
Last Modified: 16 Feb 2023 11:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item