Kamus Melanau Ajang pertama diterbit tahun depan. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUCHING: Kamus Melanau Ajang yang pertama di Sarawak dijangka terbit pada suku pertama tahun depan dalam usaha untuk memartabat dan memperkenalkan bahasa unik etnik Melanau di tiga kawasan di negeri ini. Difahamkan, kamus itu memaparkan istilah bahasa Melanau di kawasan Kampung Kuala Rejang, Jerijeh dan Belawai. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, kamus yang dirumus dan diusahakan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak itu dibantu oleh Pusat Khidmat Kuala Rajang yang mengandungi lebih 4,000 patah perkataan. “Atas kesinambungan kerja pengumpulan entri bahasa sukuan Sarawak ini, manuskrip mentah bahasa Melanau Rajang-bahasa Melayu telah diperoleh. “Entri yang sedia ada ini perlu disahihkan, diluaskan takrif dan dikembangkan dari segi aspek pemaknaannya sebelum dimasukkan cara sebutan yang betul berdasarkan pemenggalan fonemik oleh penutur jati yang dilantik berdasarkan idiolek (variasi dialek daerah) masing-masing. “Sepanjang proses pembinaan entri, beberapa perkara dikenal pasti yang mana entri ini seterusnya akan disahihkan oleh Jawatankuasa Pengesahan bagi membina manuskrip bersih yang dapat digunakan untuk tujuan penerbitan,” katanya pada sidang media bengkel permurnian Kamus Melanau Ajang bersama DBP Cawangan Sarawak di Hotel Samudra di sini, semalam.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melanau, Kamus Ajang, Bahasa sukuan Sarawak |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jun 2023 04:16 |
Last Modified: | 06 Jun 2023 04:16 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |