Leluai, bubur tradisional etnik Melanau

Leluai, bubur tradisional etnik Melanau. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kebanyakan makanan tradisional etnik Melanau di kawasan tengah Sarawak, terutama di bahagian Mukah adalah berasaskan rumbia atau sagu dan kelapa. Antara makanan seumpamanya yang telah dan mulai mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan tempatan mahupun dari luar adalah Tebaloi, Bebola Sagu, Linut dan Leluai. Leluai diperbuat daripada bahan-bahan yang agak ringkas namun mempunyai rasa yang unik dan tersendiri. Ia merupakan bubur cita rasa Melanau, dengan mempunyai rasa lemak manis dan sesuai dimakan ketika pada bila-bila masa, tidak kira panas atau ditambah ais.Ramuan utamanya ialah isi kelapa, air kelapa, gula apong, daun pandan dan biji sagu yang dibuat khusus untuk Leluai. Cara pembuatannya bergantung kepada cita rasa pembuatnya, terutama sebanyak mana bahan-bahan diperlukan, termasuk saiz hirisan isi kelapa, sama ada dipotong secara memanjang atau berbentuk persegi empat. Di sesetengah kawasan di Mukah, Leluai dijadikan sebagai menu pilihan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan atau digilirkan dengan Bubur Lambuk dan Bubur Pedas yang sememangnya sinonim dengan bulan tersebut. Baru-baru ini Leluai telah diperkenalkan kepada tetamu dari luar, terutama para pemilik restoran dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Pada majlis Sambutan Ulangtahun Ke-40 Persatuan Peniaga Kedai Kopi Dan Restoran (PPKKR) Bahagian Mukah itu, mereka berpeluang menikmati keenakan Leluai dan rata-rata memujinya kerana keenakannya. Selain Leluai, Tebaloi Udang yang berbungkus dengan daun dan diperbuat daripada kelapa dengan s udang sebagai inti turut dihidangkan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Bubur tradisional, Leluai, Makanan tradisional
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Feb 2023 09:36
Last Modified: 15 Feb 2023 09:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item