Teramau juadah tradisi Melanau

Teramau juadah tradisi Melanau. [Newspaper] (2022)



Abstract

Selama ini orang ramai tahu bahawa kari ayam memang enak jika dipadankan dengan lemang ketupat ataupun roti canai dan nasi putih. Malah jika tiada satu menu di antara padanan ini, hidangan seperti tidak lengkap. Namun bagi masyarakat Melanau, kari ayam ini paling biasa mereka padankan dengan sagu kerana sagu memang makanan ruji bagi masyarakat itu sejak sekian lama. “Padanan sagu dan kari ayam ini dinamakan Teramau atau Seliseh. Ini makanan tradisi kami sejak zaman dahulu. Cubalah, ia amat enak” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika memperkenalkan menu ini kepada penulis semasa Pesta Kaul Sungai Kut Muara, baru-baru ini. Bagi yang pertama kali melihat padanan sagu dan kari ayam ini mungkin agak janggal tetapi apabila sudah sampai ke mulut, memang tidak dinafikan keenakannya. Rasa pedas dan lemak kari ayam bergabung dengan rasa lemak rangup sagu, mencipta satu rasa yang cukup istimewa. “Tak sukar nak menyediakan hidangan ini tapi ada rahsianya kalau nak Teramau atau Seliseh ini sedap. Sagunya mesti lemak dan enak. Kalau tidak, padanan ini nanti tidak enak,” kata Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Juadah tradisisonal, Makanan ruji, Tepung sagu
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Feb 2023 11:50
Last Modified: 16 Feb 2023 11:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item