Persatuan Melanau Kuching platform terbaik belia Melanau

Persatuan Melanau Kuching platform terbaik belia Melanau. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUCHING: Menerusi pelbagai aktiviti bakal diadakan Persatuan Melanau Kuching (PMK) tahun ini, ia dilihat sebagai platform terbaik dalam mengembangkan potensi belia Melanau di Sarawak. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol kepada media selepas merasmikan Majlis Iftar, Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Wisma Melanau Kuching, malam Sabtu lalu. Beliau berkata, usaha persatuan tersebut selari dengan agenda kerajaan dalam memberi fokus kepada warga belia terutama mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kuching. “Justeru, Wisma Melanau akan dijadikan pusat mengumpul belia Melanau yang berada di Kuching dan berkongsi mengenai hala tuju kerajaan selain insiatif yang disediakan kerajaan dari segi keusahawanan dan sebagainya kepada mereka,” katanya. Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah, beliau turut mengakui kebanyakan masyarakat Melanau di sekitar Kuching berasal dari kawasan pedalaman. Disebabkan itu katanya, dengan adanya platform tersebut dapat berkongsi secara dua hala tentang pandangan, hasrat dan cita-cita belia berhubung perancangan yang sepatutnya dilakukan di kawasan mereka. “Kerana secara amnya, peluang pekerjaan dan lain-lain sememangnya di bandar tetapi ada juga mereka ingin berjasa dan berbakti kepada kawasan pedalaman dan mereka juga ingin tahu apakah yang dirancang oleh kerajaan di kawasan tempat asal mereka.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Persatuan belia, Potensi belia, Wisma Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jun 2023 04:33
Last Modified: 06 Jun 2023 04:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item