Konsep dan peranan ergonomik dalam rekabentuk automobil: satu perspektif

Konsep dan peranan ergonomik dalam rekabentuk automobil: satu perspektif. In: Proceeding of Wacana Intelek UiTM Kedah 2005, 2005, Kedah. (In Press) (2005)



Abstract

Ergonomik atau ergonomics merupakan satu cabang ilmu sains kemanusiaan yang bersifat multi-disiplin. Ilmu-ilmu pengajiannya merangkumi bidang psikologi, fisiologi, antropometrik, biomekanik, kejuruteraan, dan teknologi. Dalam konteks yang lebih tepat, ergonomik merangkumi satu disiplin ilmu yang memastikan supaya setiap alatan (tool), pekerjaan (task), sistem, dan persekitaran (environment) yang melibatkan interaksi dengan manusia dengan sesuatu aktiviti atau kerja, sama ada bagi tujuan mendapatkan upah atau sekadar suka-suka (leisure), seharusnya selari dengan keupayaan, kesihatan, keperluan, serta kekuatan fizikal dan mental manusia. Ergonomik yang berasal dari perkataan Greek ‘ergo’- KERJA dan ‘nomos’- PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG membawa makna secara lateralnya sebagai peraturan bekerja (the law of work). Dalam kontek industri automobil, peranan ergonomik adalah amat perlu dan praktikal bagi memastikan 4 skop utama di dalam pengajian ergonomik- interaksi Alatan, Pekerjaan, Sistem dan Enviromen dengan manusia mampu untuk mengoptimumkan keselamatan dan meminimakan risiko kemalangan disamping menjamin kecemerlangan rekabentuk. Kertas kerja ini mengupas definisi, konsep dan mekanisma yang praktikal dan logik bagaimana sesuatu aplikasi dan implementasi ergonomik dapat di gabung di dalam rekabentuk automobil. Kegagalan mengaplikasikan ergonomik dalam rekabentuk automobil akan mendedahkan penguna dan pemandu automobil itu kepada masalah postur dan aspek kesihatan dan keselamatan yang berupaya mengundang kemalangan jiwa atau kecederaaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Seni reka industri, Reka bentuk automottif, Ergonomik
Taxonomy: By Niche > Industrial Design > Social Aspects
By Niche > Industrial Design > Study and Teaching
Local Content Hub: Niche > Industrial Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 24 Feb 2023 03:02
Last Modified: 24 Feb 2023 03:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item