Rekabentuk kenderaan: pemikiran rekabentuk ke arah inovasi

Rekabentuk kenderaan: pemikiran rekabentuk ke arah inovasi. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 1-10. ISSN 2637-0115 (2019)



Abstract

Terdapat kepelbagaian kaedah dalam penggayaan rekabentuk kenderaan dimana ianya bergantung kepada kaedah yang dipilih oleh pereka. Baru-baru ini penggunaan kaedah “anthropomorphic”(antropomorfik) mempunyai pengayaan rekaan
tersendiri dan menghasilkan product yang berkualiti dan berinovasi. Berikutan daripada itu,“anthropomorphism” (antropomorfisme) boleh menerajui teknik pengayaan terbaru, dimana kaedah “anthropomorphic” (antropomorfik) hanya digunakan untuk keterampilan dan daya tarikan dari sudut
kepenggunaan atau kebiasaan dalam mengenali produk. Bagi kaedah “anthropomorphic”(antropomorfik), ianya diukur dari sudut rekabentuk struktur manusia kepada rekabentuk gaya asas dan ianya dinilai atas faktor keselesaan atau pengenalpastian daripada bagaimana gaya guna kepada produk tersebut. Dalam pendekatan reka bentuk “anthropomorphic” (antropomorfik), untuk merancang penampilan dan interaksi produk, ia harus mencari tahap kemanusiaan yang sesuai
dengan tugas utama dan peranannya untuk mendapatkan kesan positif dari “Anthropomorphism”(Antropomorfisme). Jadi soalan penyelidikan utama yang timbul daripada kajian ini adalah "Bagaimana bentuk fungsi berikut boleh disesuaikan dalam menghasilkan bentuk inovasi?” Kajian ini meneliti
penerapan “anthropomorphic” dengan seni mempertahankan diri Melayu kepada ontologi kereta untuk menghasilkan rekabentuk inovasi dalam pengayaan kereta.

Item Type: Article
Keywords: Rekabentuk antropomorfik, Rekabentuk inovasi, Anthropomorphism, Ontologi kereta
Taxonomy: By Niche > Industrial Design > Planning
By Niche > Industrial Design > Study and Teaching
Local Content Hub: Niche > Industrial Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 17 Apr 2023 02:53
Last Modified: 17 Apr 2023 02:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item