Panel Solar Terapung Berpotensi Besar Sedia Tenaga Tambahan Mampan Untuk Sarawak: Abang Johari

Panel Solar Terapung Berpotensi Besar Sedia Tenaga Tambahan Mampan Untuk Sarawak: Abang Johari. [Newspaper] (2024)



Abstract

KUCHING: Takungan air di empangan Loji Hidroelekrik Bakun, Murum dan dalam masa terdekat Baleh, akan menyediakan kawasan yang luas untuk pemasangan panel solar terapung yang boleh digunakan melalui simpanan tenaga hidro dipam (PHES).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, potensi besar sumber solar ini boleh digunakan untuk mengepam air dan seterusnya menjana kuasa semasa ketiadaan cahaya matahari, sekali gus menyediakan tenaga tambahan serta mampan untuk Sarawak.

"Ini tidak hanya menangani keperluan pengurusan air Sarawak, tetapi juga menyokong matlamat kelestarian dan kecekapan tenaga," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Air dan Sisa Air Antarabangsa Borneo 2024 (BIWWEC 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: solar, picture solar
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Buildings Energy Conservation
By Niche > Solar > Solar Energy > Design and Construction
By Niche > Solar > Solar Energy > Economic Aspects
By Niche > Solar > Solar Energy > Industries
By Niche > Solar > Solar Energy > Marketing
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 30 May 2025 00:23
Last Modified: 30 May 2025 00:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item