Representasi motif batik lukis di negeri Pahang: satu kajian literatur

Representasi motif batik lukis di negeri Pahang: satu kajian literatur. Jurnal Pengajian Melayu, 29 (1). pp. 201-222. ISSN 2735-1904 (2018)



Abstract

Masyarakat di negara kita lebih mengenali batik dari negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak ramai yang mengenali batik dari negeri Pahang. Penghasilan kraf tradisional seperti tenun Pahang lebih menjadi sebutan. Dengan kata lain, masyarakat di negara ini belum benar-benar mengenali keistimewaaan seni batik lukis yang dihasilkan di negeri Pahang terutama motif figuratif. Maklumat yang didapati hanyalah gambaran umum tentang batik lukis Pahang sahaja. Justeru, penyelidikan kualitatif rekabentuk kajian literatur telah digunakan bagi meneroka dan memahami proses penghasilan motif batik lukis di Pahang berdasarkan daripada sudut penjanaan idea, penggiat, ekspresi, representasi, persekitaran, kreativiti dan estetika bagi memahami pembuatan batik lukis di negeri Pahang sebagai warisan seni Melayu yang perlu dipertahankan.

Item Type: Article
Keywords: Batik lukis, Batik motifs, Kesenian, kebudayaan
Taxonomy: By Niche > Batik > Technique
By Niche > Batik > Themes, Motives
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 13 Mar 2023 05:57
Last Modified: 13 Mar 2023 05:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item