Mantera atau Rinait Kadazandusun: tinjauan dalam aspek pengamal dan fungsinya dalam kehidupan

Mantera atau Rinait Kadazandusun: tinjauan dalam aspek pengamal dan fungsinya dalam kehidupan. In: UNSPECIFIED. (In Press) (2012)



Abstract

Sebelum kedatangan agama Monotheis iaitu Islam dan Kristian, masyarakat Kadazandusun dianggap sebagai Pagan malah ada yang menamakan diri mereka kafir (Arena Wati, 1978:9). Meskipun demikian ,Arena Wati (1978:9) menjelaskan bahawa masyarakat ini tidaklah boleh dianggap tidak mempunyai pegangan kepercayaan kerana sebenarnya mereka memiliki satu jenis agama iaitu polytheis sementara Raymond Boin Tombung (1997:33) pula mengatakan bahawa masyarakat Kadazandusun tradisional menganuti kepercayaan animisme. Bagi penulis, walau apa-apa pun istilah anutan masyarakat Kadazandusun tradisional , perkara pokok yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat ini sudah mempunyai satu kepercayaan dan kepercayaan itu diamalkan sejak kewujudan mereka dalam menjalani kehidupan harian. Dalam menjalani kehidupan harian, mereka mengungkapkan sejenis pengucapan dalam bentuk bait puisi atau prosa yang dikenali sebagai rinait. Rinait
diungkapkan semasa merekamenjalankan upacara ritual sembahyang yang juga dikenali sebagai zikir para bobolian (Raymond BoinTombung ,1997:33). Raymond menganggap bobolian memainkan peranan seperti seorang paderi masyarakat Kadazandusun kerana mereka bersembahyang bagi pihak penganut kepercayaan animisme.Namun permasalahannya, memandangkan masyarakat ini tidak mempunyai sistem aksara, maka rinait itu bercampur aduk fungsinya seperti untuk pemujaan, pengubatan dan perbomohan dan sebagainya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Rinait, Kadazan-Dusun, Mantera
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 31 Mar 2023 20:35
Last Modified: 31 Mar 2023 20:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item